|
SYAFIA |
Kejadian pukul 8.30 malam itu terbongkar selepas lelaki berusia 28 tahun terbabit membawa mayat kanak-kanak itu, Syafia Humairah Sahari ke Hospital Kuala Kubu Baru dengan mendakwa mangsa terlibat dalam kemalangan jalan raya.
Bagaimanapun, selepas diteliti, pihak hospital mendapati terdapat kesan lebam di seluruh badan kanak-kanak tersebut termasuk di perut dan bawah telinga selain luka di dagu yang tidak selari dengan cerita kemalangan.
mohdzaini.samsuhadi@kosmo.com.my
*****Tersentuh hati dengan tragedi yang terbaru ini. Malam tadi sewaktu menonton Buletin Utama hatiku terasa begitu sedih dan marah kepada pendera yang tidak berperikemanusiaan itu. Tambahan pula yang mendera itu hanyalah kekasih siibu yang marahkan anak kecil itu bermain air. Padaku mereka tidak layak langsung untuk bergelar ibu atau bapa kepada anak kecil yang tidak berdosa ini. Semoga roh adik Syafia Humairah ditempatkan bersama-sama golongan yang beriman. Kau akan lebih tenang di sana sayang...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan