11 Mac 2010

Tahniah Buat Anak-Anak 5 Budiman....


Hari ini 11 Mac 2009...keputusan SPM 2009 telah diumumkan. Peratus pencapaian SPM 2009 ialah 89.5%, iaitu mengalami penurunan sebanyak 1.18% daripada 90.68% pada tahun 2008. Walaupun demikian, saya amat berbangga dengan anak-anak 5 Budiman yang telah menghadiahiku dengan kejayaan cemerlang dalam Bahasa Melayu. Seramai 23 orang memperoleh gred A dan 8 orang lagi mendapat gred B. Seorang pelajar yang telah berhenti awal memperoleh gred D.
Tahniah buat anak-anakku semua kerana telah membuktikan anda boleh berjaya...cikgu amat berbangga dengan kejayaan anda. Semoga kejayaan ini menjadi titik tolak kepada kejayaan seterusnya. Doaku sentiasa mengiringi perjalanan hidup kalian...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails