Tarikh: 05 Ogos dan 06 Ogos 2009
Tempat: Bilik Gerakan SMK Sultan Abdullah
Penceramah: En. Baharuddin bin Yahya (SMK Dato' Sagor)
Pn. Faizah bt. Osman (SM Sains Teluk Intan)
Hari ini saya dan Salina menghadiri kursus yang dianjurkan oleh Panitia Daerah. Kami bertolak dalam hujan lebat dan sampai pun ketika hujan masih belum reda. Dapat ilmu baharu hari ini dan saya rasa lebih berkeyakinan untuk membimbing para pelajar di sekolah khususnya 5 Budiman dan 5 Cekal. Penandaan Kertas 1 agak mencabar kerana sukar nak mengagak kehendak LPM sebenarnya.Walaupun cuma dua soalan tetapi memerlukan interpretasi yang agak tinggi terutama bagi skrip yang kurang menepati kehendak soalan.Ye lah nak menentukan di mana sepatutnya lajur markah pelajar itu bukan senang kerana memberi kesan terhadap pencapaian BM mereka. Apa-apa pun cikgu akan cuba yang terbaik untuk anak-anak didikku semua.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan