Assalamualaikum wbt...
Sekadar ingin berkongsi resepi yang diminta oleh sang puteri. Telah lama dia minta saya masakkan untuknya Fettuccine Carbonara ni, sering sahaja bertangguh. Lalu cuba mencuri masa untuk menyampaikan hajatnya dan hasilnya inilah...
Bahan-bahan:
1/2 bungkus fettuccine
Sedikit minyak zaitun
1 tin sos carbonara Prego
10 ketul cendawan butang (hiris)
4 ketul frankfurter ayam (hiris)
Sedikit daging kisar Ramly
Bawang merah dan bawang putih (dicincang)
Garam secukup rasa
Susu segar
Cara-cara:
1. Rebus fettuccine sehingga lembut dan toskan. Gaul dengan sedikit minyak zaitun agar tidak melekat.
2. Panaskan minyak dan tumis bawang yang dicincang.
3. Masukkan cendawan butang, frankfurter atau daging kisar ke dalam tumisan. Gaul sekata hingga daging cincang empuk.
4. Masukkan sos krim carbonara dan kacau sekata. Masukkan susu segar dan masak hingga kepekatan yang sesuai.
Masukkan garam secukup rasa.
Memaparkan catatan dengan label Masakan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Masakan. Papar semua catatan
06 Oktober 2012
31 Julai 2011
Puding Roti Bakar
Bahan-bahan A:
3 keping roti
1 tin susu cair
2 biji telur
1 sudu esen vanilla
Gula ikut manis
***Campur semua bahan dan dikisar (blend)
Bahan-bahan B:
8 keping roti diatur selapis dalam loyang yang sudah disapu mentega
Tabur kismis, ceri, kekacang atau apa-apa buah yang disukai
Tuang bahan yang dikisar dalam loyang
Bakar dengan kepanasan 160 darjah selama 30 minit
3 keping roti
1 tin susu cair
2 biji telur
1 sudu esen vanilla
Gula ikut manis
***Campur semua bahan dan dikisar (blend)
Bahan-bahan B:
8 keping roti diatur selapis dalam loyang yang sudah disapu mentega
Tabur kismis, ceri, kekacang atau apa-apa buah yang disukai
Tuang bahan yang dikisar dalam loyang
Bakar dengan kepanasan 160 darjah selama 30 minit
27 November 2010
Masak-masak @ cuti sekolah
| Makaroni sebelum dibakar |
| Makaroni bakar baru keluar oven |
| Makaroni Keju |
Bahan-bahan:
1 paket makaroni
1 paket daging cincang
1 ulas bawang besar dipotong dadu
1/2 tin susu pekat
1 botol sos spageti Kimball
Kepingan keju Cheddar
Sedikit serbuk oregano
Cara-cara:
1. Makaroni direbus dan toskan,
2. Tumis daging kisar bersama bawang besar.
3. Gaulkan makaroni bersama bahan yang ditumis tadi.
5. Masukkan susu pekat, sos spageti dan serbuk oregano lalu digaul bersama-sama.
6. Masukkan adunan ke dalam acuan dan letakkan kepingan keju di atasnya.
7. Bakar adunan pada suhu 150 darjah Celcius selama 20 minit.
8. Sejukkan adunan dahulu sebelum dipotong dan dihidangkan.
30 Ogos 2010
Kuetiau Ladna...
Ini menu berbuka puasa tadi. Kuetiau Ladna yang resepinya diambil daripada Dapur Mama Hayyu. Terima kasih Mama Hayyu...Anakku suka sangat masakan ni walaupun dia bukan peminat kuetiau...tapi kali ni boleh layan pulak..
21 Ogos 2010
Menu Ramadanku......
Sudah 11 hari berpuasa, baru hari ini berkesempatan untuk memuat naik gambar-gambar juadah berbuka.... Masakan ini semua merupakan makanan kegemaran keluarga.... Terima kasih kerana sudi menghabiskan masakan mama yang secukup rasa..Almaklumlah puasa la katakan..
19 Mac 2010
Ayam Masam Manis...
AYAM MASAM MANIS
Bahan:
500gm ayam [potong kecil dan bersihkan]
1 s/k kunyit
1 s/k garam
5 s/b sos tomato
3 s/b sos cili
1 s/k gula
1/2 cawan air
1 biji tomato (potong baji)
1 batang karot (dipotong baji)
sedikit putik jagung
sedikit bunga kubis
minyak untuk goreng ayam
Bahan mayang:
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 cm halia
3 biji cili merah
3 biji cili hijau
Bahan hiasan:
daun sup dan daun bawang [potong pendek]
Cara:
1. Gaulkan ayam dgn garam & kunyit.
2. Panaskan minyak dan gorengkan sehingga masak [jangan garing..nanti ayam keras]
3. Angkatkan ayam dan ketepikan.Tinggalkan sedikit minyak untuk menumis bahan mayang.
4. Panaskan minyak dan tumiskan bahan mayang sehingga wangi.
5. Masukkan air, sos tomato, sos cili, tomato buah, karot, putik jagung, bunga kubis dan gula.
Biarkan sehingga mendidih.
6. Masukkan ayam dan renehkan sebentar.
7. Masukkan potongan daun sup dan daun bawang.
8. Angkat dan hidangkan.
****Hidangan untuk makan tengah hari tadi...ayam masak masam manis dan tom yam campur...
24 Januari 2010
Masak-masak...


Hari ini tinggal kami berdua beranak di rumah kerana suamiku ada program Belia kat Atta Duri, iaitu Kursus Pengurusan Jenazah. Apa lagi sesi masak-memasaklah... Untuk makan tengah hari. saya masak sambal tumis udang dan sup tulang. Diyana pula buat kuih buah melaka untuk minum petang...percubaan pertama daripadanya...not bad...
16 Januari 2010
Masak-masak...
Bahan-bahan:1 ekor ayam - direbus
Sup Bunjut ADABI
B.merah, b.putih, halia - ditumis
Nasi himpit ADABI
Suhun - digoreng
[Hiasan]
Bawang goreng
Daun Bawang
Daun Sup
[Bahan kicap]
20 batang cili padi
2 ulas b.putih
1/2 cawan kicap manis
Cara-cara:
- Buka sup bunjut dan tumbuk bumbunya untuk rasa yang lebih enak.
- Tumis b.merah, b.putih, halia sehingga kuning dan naik bau. Kemudian masukkan air rebusan/stok ayam yg direbus tadi. Kalau suka masukkan kentang dan tetulang ayam. Kuah soto siap. *Jangan lupa masukkan sup bunjut yg telah ditumbuk td.
- Ayam yg direbus td, digoreng dgn sedikit gaulan kunyit/garam.
- Selepas goreng, carikkan ayam.
- Untuk kicap pula, kisar semua bahan kicap dan ratakan.
- Akhirnya, tuangkanlah kuah ke atas nasi himpit dan suhun yang telah digoreng.
- Dan hiaslah soto dengan carikan ayam di atasnya bersama-sama bawang goreng, daun bawang dan daun sup.
15 Oktober 2009
Puding Jagung
11 Oktober 2009
Masih Beraya...
Semalam kawan-kawan datang beraya ke rumah. Saya menjamu mereka dengan laksa Penang, makaroni goreng, kuih raya (ada sikit-sikit lagi), jelly, buah tembikai, dan air oren. Terima kasih semua yang sudi hadir. Pada sebelah petang pula, pelajar 5 Amanah datang dan terperangkap di sini hampir satu jam kerana hujan lebat.


Makaroni Goreng
Bahan-bahan:
1 kotak makaroni (beli kat TF jenama Sarina)
1 biji bawang Holland ( dipotong dadu)
1 paket perencah sambal tumis Maggi
200 gram daging @ ayam cincang
3 ekor sotong (dibelah dan dipotong enam)
10 ekor udang sederhana (buang kulit)
1/4 bahagian kubis bulat (dihiris halus)
1 batang lobak merah (dihiris bulat)
2 sudu besar tomato puri
Garam secukup rasa
1/2 sudu kecil serbuk oregano
Minyak untuk menumis
1 biji cili merah
Sedikit serbuk keju - jika suka
Cara Penyediaan:
1. Makaroni direbus selama lima hingga lapan minit sehingga lembut di dalam air yang dicampurkan satu sudu kecil minyak zaitun. Kemudian ditoskan.
2. Bancuh perencah sambal tumis dengan sedikit air dan tumiskan sehingga naik bau.
3. Masukkan bawang, ayam @ daging cincang bersama-sama dengan tomato puri, secubit garam dan setengah cawan air. Kacau rata.
4. Masukkan lobak merah, sotong dan udang. Kacau rata.
5. Masukkan makaroni yang telah direbus tadi ke dalam kuali bersama-sama dengan kubis dan serbuk oregano. Kacau rata. Biarkan masak selama dua hingga tiga minit dan angkat.
6. Taburkan serbuk keju, cili merah dan daun parsli untuk hiasan
07 Oktober 2009
Jamuan Hari Raya Kelab Staf
Esok ada jamuan hari raya di sekolah. Saya cadang nak masak bubur kacang durian. Malam ni tidur lewat kerana nak masak dulu sebelum tidur. Dah masak pun buburnya...
Bubur kacang hijau durian
Bahan-bahan:
300g kacang hijau
200ml santan
200g gula pasir
3 helai daun pandan
garam secukupnya
air secukupnya
Cara Membuat:
1) Cuci kacang hijau dan rebus dengan daun pandan hingga lembut.
2) Masukkan gula, santan dan sedikit garam.
3) Biarkan ia mendidih sebentar. Hidang panas atau sejuk.
4) Jika suka anda boleh tambahkan sedikit isi durian ke dalam bubur.
Bubur kacang hijau durianBahan-bahan:
300g kacang hijau
200ml santan
200g gula pasir
3 helai daun pandan
garam secukupnya
air secukupnya
Cara Membuat:
1) Cuci kacang hijau dan rebus dengan daun pandan hingga lembut.
2) Masukkan gula, santan dan sedikit garam.
3) Biarkan ia mendidih sebentar. Hidang panas atau sejuk.
4) Jika suka anda boleh tambahkan sedikit isi durian ke dalam bubur.
13 September 2009
Ketam Masak Lemak Cili Api
08 September 2009
Bubur Caca
07 September 2009
Siakap Tiga Rasa

Semalam cuti Hari Nuzul Quran, jadi saya pun cubalah menunaikan permintaan anak tersayang yang kepingin nak makan ikan siakap tiga rasa. Inilah hasilnya.
Bahan-bahan:
1 ekor ikan siakap segar – digoreng dgn garam/kunyit dan letak sedikit tepung jagung utk rangup…
2 batang serai –dititik
1 inci halia – diketuk
1 biji bawang besar Holland- dihiris bulat
7-9 biji cili padi siam – hiris kecil
1 biji tomato
Sedikit nanas kiub
1-2 helai daun limau purut
3 sudu besar - sos tiram, sos cili, sos tomato
2 sudu kecil air limau nipis
sedikit air – kepekatan ikut suka
Bahan tumis:
3 biji bawang putih – ketuk dgn belakang pisau jer
garam dan gula secukup rasa
sedikit hirisan daun ketumbar
Cara masak:
Panaskan minyak, tumiskan bawang putih.
Bila naik bau dan agak garing, masukkan serai, daun limau purut, halia.
Masukkan air,air limau nipis dan 3 jenis sos- biar mendidih.
Masukkan garam dan gula.
Masukkan tomato, nanas, cili padi, bawang holland.
Tunggu sebentar tapi jgn sampai bawang layu sgt.
Angkat dan siramkan sos ke atas ikan tadi.
29 Ogos 2009
Spaghetti Bolognese
17 Ogos 2009
Duduk Dapur Masak-Masak
Minggu ni boleh dikatakan agak happening juga kerana tak sekolah hari Sabtu dapat jadi suri rumah sepenuh masa. Operasi mengemas rumah, basuh kain dan sudah tentulah masak-masak.
Langgan:
Catatan (Atom)



.jpg)






