11 Oktober 2009

Masih Beraya...

Semalam kawan-kawan datang beraya ke rumah. Saya menjamu mereka dengan laksa Penang, makaroni goreng, kuih raya (ada sikit-sikit lagi), jelly, buah tembikai, dan air oren. Terima kasih semua yang sudi hadir. Pada sebelah petang pula, pelajar 5 Amanah datang dan terperangkap di sini hampir satu jam kerana hujan lebat.


Makaroni Goreng
Bahan-bahan:
1 kotak makaroni (beli kat TF jenama Sarina)
1 biji bawang Holland ( dipotong dadu)
1 paket perencah sambal tumis Maggi
200 gram daging @ ayam cincang
3 ekor sotong (dibelah dan dipotong enam)
10 ekor udang sederhana (buang kulit)
1/4 bahagian kubis bulat (dihiris halus)
1 batang lobak merah (dihiris bulat)
2 sudu besar tomato puri
Garam secukup rasa
1/2 sudu kecil serbuk oregano
Minyak untuk menumis
1 biji cili merah
Sedikit serbuk keju - jika suka
Cara Penyediaan:
1. Makaroni direbus selama lima hingga lapan minit sehingga lembut di dalam air yang dicampurkan satu sudu kecil minyak zaitun. Kemudian ditoskan.
2. Bancuh perencah sambal tumis dengan sedikit air dan tumiskan sehingga naik bau.
3. Masukkan bawang, ayam @ daging cincang bersama-sama dengan tomato puri, secubit garam dan setengah cawan air. Kacau rata.
4. Masukkan lobak merah, sotong dan udang. Kacau rata.
5. Masukkan makaroni yang telah direbus tadi ke dalam kuali bersama-sama dengan kubis dan serbuk oregano. Kacau rata. Biarkan masak selama dua hingga tiga minit dan angkat.
6. Taburkan serbuk keju, cili merah dan daun parsli untuk hiasan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails