16 Januari 2010

Masak-masak...

Bahan-bahan:
1 ekor ayam - direbus
Sup Bunjut ADABI
B.merah, b.putih, halia - ditumis
Nasi himpit ADABI
Suhun - digoreng
[Hiasan]
Bawang goreng
Daun Bawang
Daun Sup
[Bahan kicap]
20 batang cili padi
2 ulas b.putih
1/2 cawan kicap manis

Cara-cara:

  1. Buka sup bunjut dan tumbuk bumbunya untuk rasa yang lebih enak.
  2. Tumis b.merah, b.putih, halia sehingga kuning dan naik bau. Kemudian masukkan air rebusan/stok ayam yg direbus tadi. Kalau suka masukkan kentang dan tetulang ayam. Kuah soto siap. *Jangan lupa masukkan sup bunjut yg telah ditumbuk td.
  3. Ayam yg direbus td, digoreng dgn sedikit gaulan kunyit/garam.
  4. Selepas goreng, carikkan ayam.
  5. Untuk kicap pula, kisar semua bahan kicap dan ratakan.
  6. Akhirnya, tuangkanlah kuah ke atas nasi himpit dan suhun yang telah digoreng.
  7. Dan hiaslah soto dengan carikan ayam di atasnya bersama-sama bawang goreng, daun bawang dan daun sup.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails