Esok ada jamuan hari raya di sekolah. Saya cadang nak masak bubur kacang durian. Malam ni tidur lewat kerana nak masak dulu sebelum tidur. Dah masak pun buburnya...
Bubur kacang hijau durian
Bahan-bahan:
300g kacang hijau
200ml santan
200g gula pasir
3 helai daun pandan
garam secukupnya
air secukupnya
Cara Membuat:
1) Cuci kacang hijau dan rebus dengan daun pandan hingga lembut.
2) Masukkan gula, santan dan sedikit garam.
3) Biarkan ia mendidih sebentar. Hidang panas atau sejuk.
4) Jika suka anda boleh tambahkan sedikit isi durian ke dalam bubur.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan