25 Ogos 2009
Panduan Membeli Belah Pada Musim Perayaan
20 panduan berbelanja
1. Buat persiapan awal. Jangan beli secara tergesa-gesa.
2. Sediakan rancangan perbelanjaan dan senarai barang-barang yang hendak dibeli.
3. Buat belanjawan.
4. Beli mengikut kemampuan masing-masing.
5. Janganlah berbelanja jika anda ingin bersaing dengan kawan-kawan atau jiran anda.
6. Elakkan berhutang. Jika terpaksa membeli secara ansuran, pastikan anda mampu
membayarnya secara bulanan dan tidak melebihi kemampuan kewangan anda.
7. Jangan membeli lebih dari yang dirancang. Elakkan membeli mengikut perasaan dan
secara spontan (impulse).
8. Berhati-hati menggunakan kad kredit. Anda mungkin tidak sedar anda berbelanja
lebih dari keupayaan anda.
9. Pastikan anda membuat perbandingan harga dan kualiti sebelum membeli.
10.Belilah barangan yang menawarkan harga jualan yang lebih murah. Ambil kesempatan
terhadap potongan harga dan diskaun yang ditawarkan.
11.Sekiranya membeli barang-barang secara pukal,gunakan perkiraan unit harga untuk
melihat sama ada ia lebih murah daripada membeli secara berasingan dalam unit
kecil.
12.Kalau membeli banyak barang sekaligus, semak supaya anda tidak membayar lebih
dari yang sepatutnya kerana kesilapan pengiraan oleh juruwang.
13.Periksa semua barang yang dibeli. Pastikan tiada sebarang kecacatan atau
kerosakan pada barang.
14.Jangan membeli kerana terpengaruh dengan iklan.
15.Untuk barang makanan, pastikan ia belum menjangkaui tarikh habis guna atau tarikh
luput.
16.Untuk pakaian, belilah yang sesuai dengan peringkat umur pemakai serta periksa
kualiti kain. Pakaian yang mahal tidak semestinya tinggi kualitinya. Untuk kanak-
kanak, beli saiz pakaian yang lebih besar sedikit kerana mereka membesar dengan
cepat.
17.Gantikan perhiasan yang perlu ditukar sahaja. Kain sarung kusyen, langsir dan
alas meja yang elok masih boleh digunakan lagi.
18.Gunakan kreativiti anda untuk menghias rumah tanpa perbelanjaan yang besar.
19.Jangan masak berlebihan. Cuba anggarkan jumlah tetamu yang mengunjungi anda dan
masak setakat yang diperlukan sahaja. Jika perlu, simpan stok makanan mentah yang
boleh dimasak kalau ada lebih tamu yang datang.
20 Makanan yang tidak habis dimakan harus dimasukkan ke dalam peti sejuk secepat
mungkin sebaik makanan itu dingin supaya boleh dimakan kemudian.
Sumber:www.kpdnhep.gov.my
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan