Apakah itu penyakit Influenza A (H1N1)?
Influenza A (H1N1) ialah sejenis penyakit berjangkit yang disebabkan oleh sejenis virus baharu. Virus ini terhasil daripada mutasi gene virus influenza babi, burung dan manusia.
Apakah tanda dan gejala penyakit ini?
Gejala awal jangkitan ini adalah mirip selesema, seperti demam, batuk, sakit kepala, sakit badan, sakit tekak, selesema dan kadangkala muntah-muntah atau cirit-birit.
Bagaimana kita boleh dijangkiti?
Virus ini berjangkit apabila pesakit batuk atau bersin.Titisan cecair pernafasan yang keluar akan terkena tangan pesakit, permukaan-permukaan(surfaces) atau tersebar ke udara. Seterusnya, seseorang akan dijangkiti sama ada melalui pernafasan; melalui sentuhan dengan tangan pesakit atau menyentuh permukaan-permukaan yang tercemar dengan titisan cecair pesakit.
MENGAPA BABI HARAM BUAT UMAT MUSLIM
Ada orang asing (ilmuwan) bertanya kepada seorang Ulama mengenai haiwan babi ini.
Ilmuwan : Haramnya haiwan babi bagi umat muslim adalah disebabkan karana banyaknya parasit dan kotoran dalam haiwan ini. Dengan semakin canggihnya ilmu kedokteran, bukannya mungkin nantinya haiwan babi dapat dibersihkan dari virus dan parasit yang mematikan ini? Apakah nantinya haiwan babi yang bersih akan menjadi halal?
Ulama : Haramnya babi bukan karana sebab itu saja. Tetapi ada sifat Babi yang sangat diharamkan untuk umat Islam
Ilmuwan : Apakah itu?
Ulama : Cuba anda buat 2 kandang. Di mana 1 kandang isi dengan 2 ekor ayam jantan dan 1 ekor ayam betina. 1 kandang lagi isi dengan 2 ekor babi jantan dan 1 ekor babi betina. Apakah yang terjadi pada isi kandang tersebut? Bolehkah anda menekanya!! !
Ilmuwan : Tidak boleh!!!!??? ?
Ulama : Mari kita lihat bersama-sama sekarang. Pada kandang pertama di mana ada 2 ekor ayam jantan dan 1 (ekor ayam betina, yang terjadi adalah 2 ekor ayam jantan tersebut berkelahi dahulu untuk merebut 1 ekor ayam betina tersebut sampai ada yang menang dan kalah. Dan itu sesuai dengan Kudrat dan Fitrah manusia diciptakan Allah SWT.
Ilmuwan : Pada kandang Babi?
Ulama : Ini yang menarik. Pada kandang kedua, iaitu kandang berisi 2 ekor babi jantan dan 1 ekor babi betina. Ternyata 2 ekor babi jantan tidak berkelahi untuk berebutkan 1 ekor babi betina, tetapi yang terjadi adalah 2 ekor babi jantan tersebut malahan menyetubuhi secara beramai-ramai 1 ekor babi betina tersebut dan juga terjadi hubungan Homoseksual antara kedua ekor babi jantan setelah selesai dengan si betina. Hal inilah yang jelas2 bertentangan dengan Fitrah umat manusia. Bila mana umat Islam ikut-ikutan memakan babi maka ditakuti umat Islam akan mempunyai sifat dan perangai seperti babi ini.
Berbalik Kepada Yang Pencipta
Cuba kita berfikir sejenak tentang kejadian alam ini?
Mengapa untuk memadamkan api kita menggunakan air atau tanah? Adakah sebenarnya air itu atau tanah itu yang memadamkan api itu? (Bagi ahli sains barat yang tidak beriman pasti berkata ya dan ditambah dengan hasil kajian mereka dan penerangan tentang bagaimana air dapat memadamkan api.). Tetapi sebagai umat Islam kita tidak boleh katakan sememangnya airlah yang memadamkan api itu. Maka kita telah melazimkan bahawa terdapat kuasa lain yang dapat memadamkan api itu. Maka berjaga-jagalah olehmu wahai umat Nabi Muhammad s.a.w. bila berkata-kata. Sebenarnya, segala yang berlaku di atas muka bumi ini adalah kehendak Allah s.w.t.. Begitu juga dengan api tadi. Tidak akan padam api itu jika Allah tidak mahu ianya padam walaupun kita siram selautan air. Tetapi kerana sudah ketetapan Allah(Sunatullah) bahawa air yang dicipta oleh-Nya dapat memadamkan api.
Maka berbalik kepada virus H1N1 ini. Maka adakah disebabkan virus ini manusia mati? Maka sudah pasti tidak. Tetapi Mengapa Virus ini Muncul? Inilah sebenarnya persoalannya. Sememangnya babi itu telah diharamkan oleh Allah s.w.t. di dalam Al-Quran dengan firman-Nya:
Katakanlah “Tidak kudapati di dalam apa yang diwahyukan kepadaku, sesuatu yang diharamkan memakannya bagi yang ingin memakannya, kecuali daging haiwan yang mati(bangkai), darah yang mengalir, daging babi kerana semua itu kotor atau haiwan yang disembelih bukan atas(nama) Allah. Tetapi barang siapa terpaksa bukan kerana menginginkan dan tidak melebihi (batas darurat) maka sungguh, Tuhanmu Maha Pengampun, Maha Penyayang.” (Surah Al-An’am: Ayat 145)
Maka sudah jelas sekarang bahawasanya semua kejadian ini adalah bala dari Allah atas hamba-Nya. Bala ini diturunkan bagi memberi pengajaran kepada hamba-Nya agar sedar akan perbuatan mereka yang merosakkan diri mereka sendiri.
Rakyat hidup dalam keadaan tercemar dengan najis-najisnya terdampar di sungai kecil yang mengalir ke laut lantas mencemarkan laut dan ini menjejaskan agensi pelancongan di kawasan terbabit. Ke manakah perginya pemimpin-pemimpin di kawasan itu. Mengapakah membiarkan rakyat terus hidup dalam keadaan merana dengan babi yang kotor itu.
Kesimpulannya
Dan ingatlah Allah tidak akan menurunkan bala atas sesuatu kaum itu tidak bersebab, melainkan kaum itu sendiri mengundang bala tersebut. Cuba kita sorot kembali kisah-kisah kaum yang terdahulu daripada kita, mengapa bala diturunkan atas mereka sehingga ada yang menyebabkan sebahagian daripadanya lesap terus dari peta dunia. Contohnya umat Nabi Luth.
Moga segala yang menimpa masyarakat dunia ketika ini boleh membantu kita mendekatkan diri dengan Pencipta, dan sama-sama kita merenung balik tujuan kita dihidupkan di dunia ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan