26 Februari 2010

Bahasa Jiwa Bangsa

"Bahasa Jiwa Bangsa" merupakan sebuah slogan yang dicipta oleh Dewan Bahasa & Pustaka. Slogan ini merungkai kedudukan bahasa yang menjiwai adat-resam serta budaya sesebuah bangsa itu. Bangsa Melayu kaya dengan pelbagai adat-resam tersendiri. Melayu berkias, berpantun, bersajak dan bersyair ketika marah. Penggunaan tatabahasa, penjodoh bilangan, simpulan bahasa, peribahasa, dsb berhubung-kait dengan budaya masyarakat Melayu.
"Biar mati anak, jangan mati adat," adalah contoh sebuah peribahasa bangsa Melayu. Peribahasa ini boleh diguna pakai oleh lebih 26 rumpun Melayu nusantara. Pilihlah yang mana satu idaman kalbu... rumpun Melayu Acheh, Batak, Minangkabau, Bugis, Sunda, Solo, Madura, Jawa, Rao, dsb.--semua rumpun ini boleh menggunakan peribahasa yang sama. Bangsa Melayu berpegang kuat dengan adat-resam. 'Bahasa Melayu' menjiwai setiap rumpun bangsa Melayu!
Sebaliknya, Bahasa Malaysia pula adalah adalah bahasa kepada Bangsa Malaysia. Bangsa Malaysia yang masih lagi di dalam proses pembinaan. Sebuah bangsa yang terdiri daripada pelbagai kaum--Melayu, Cina Hokien, Cina Mandarin, India Tamil, India Hindustan, Inggeris, Pakistan, Bangladesh, dan banyak lagi. Bahasa Malaysia bakal menjiwai adat resam setiap bangsa yang berbeza ini. Oleh itu, bahasa Malaysia yang digunakan adalah amat berbeza, seperti di bawah:
Contoh 1:
"You tawpau makanan untuk I, can or not? (Bahasa Malaysia - Manglish)
"Bolehkan awak belikan makanan untuk saya?" (Bahasa Melayu)

Contoh 2:
"Biar mati anak, jangan mati adat." (peribahasa Bahasa Melayu)
"Hiya, anak jangan mati. Nanti nenek-moyang susah." (peribahasa Bangsa Malaysia)

Hatta, Bahasa Melayu adalah tinggi budi pekerti serta tatabahasanya. Ia mengabungkan dialek, loghat serta budaya lebih 26 rumpun Melayu. Setiap peribahasa Bahasa Melayu merujuk kepada adat-resam, sopan-santun, budi-pekerti bangsa Melayu. Adat-resam yang berlandaskan kepada agama Islam. Sebaliknya, Bahasa Malaysia merupakan bahasa masyarakat majmuk yang mengembelingkan berlainan budaya yang berbeza. Budaya yang berlandaskan berlainan agama dan akhlak. Bahasa Malaysia terdiri daripada bahasa rojak, bahasa Manglish dan bahasa Sengkas (singkatan ringkas).
Oleh yang demikian, jangan sama-sekali membenarkan diri kalian dipaksa meninggalkan Bahasa Melayu kerana, 'Bahasa Malaysia' tidak sama dengan 'Bahasa Melayu'!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails