11 April 2010

Hari Yang Malang....

Assalamualaikum wbt...
Agak lama juga saya tidak mengemas kini blog ini kerana kekangan masa dan sibuk dengan tugas seharian. Hari ini saya ingin mencoretkan suatu tragedi yang mungkin tidak dapat dilupakan sepanjang hidup. Pada 22 Mac 2010 yang lalu, iaitu hari pertama sekolah dibuka selepas seminggu bercuti...rumahku telah dipecah masuk. Beberapa barang berharga telah dibawa pergi termasuk dua buah komputer riba yang memuatkan segala dokumen kerja, dokumen peribadi dan koleksi gambar keluarga, kawan-kawan serta anak muridku.

Barang-barang yang diselongkar daripada almari pakaianku.... mereka mencari barang kemas dan wang ringgit...

Bilik anakku juga diselongkar dan set pemain DVD serta komputer riba Diyana turut dibawa pergi...

Keadaan bilikku yang berselerak....

Tempat mangga yang digunting untuk masuk ke dalam rumah...

####Memang sedih apabila penceroboh yang tidak berhati perut itu memecah masuk ke rumah dan menyelongkar hak peribadi kami. Namun saya amat bersyukur kepada Allah kerana ketika kejadian tersebut kami tiada di rumah. Kalau tidak tentulah traumanya lebih parah....Tragedi yang berlaku ini mengingatkan kami agar lebih berhati-hati kerana ada mata-mata yang sentiasa memerhatikan gerak-geri kita selama ini...Ya Allah lindungilah keluargaku serta sahabatku daripada sebarang kejahatan dan niat buruk insan yang tidak bertanggungjawab...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails