Bergambar di pentas Majlis APC 2009 |
Pada 29 Julai 2010 yang lalu telah berlangsung Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2009 Pejabat Pelajaran Daerah Hilir Perak. Majlis berlangsung di Dewan Bandaran MPTI. Saya, En. Ainuddin, Pn. Hjh. Zarina dan Pn. Arbaiyah telah terpilih sebagai penerima APC 2009 bagi SMK Sungai Manik. Kejayaan dan pengiktirafan ini kami kongsi bersama-sama dengan warga sekolah yang lain. Sesungguhnya kerjasama dan kesungguhan seluruh warga sekolah jugalah yang memungkinkan kami berjaya hingga ke tahap ini. Terima kasih buat semua. Insya-Alllah selepas ini giliran kalian pula akan menyusul.
Anugerah kali ini merupakan anugerah buat kali kedua yang saya terima sepanjang perkhidmatan sebagai guru selama hampir 20 tahun. Semoga kejayaan ini menjadi penyuntik semangat untuk saya lebih kuat berusaha demi kejayaan anak-anak didik sekalian.
"Berburu ke padang datar dapat rusa berbelang kaki,
berguru kepalang ajar ibarat bunga kembang tak jadi..."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan