03 Disember 2009

Dalam Kenangan...03.12.2009

Salam...hari ini 3 Disember 2009 merupakan tarikh lahir allahyarham puteriku...Nur Liyana Amira. Arwah dilahirkan pada 3 Disember 1992 di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru tepat jam 7.41 pm. Arwah anak yang baik dan pendiam. Dia pemurah dengan senyuman...apabila bergambar pasti senyuman terukir di wajahnya. Sayang...terlalu cepat dia pergi meninggalkan kami. 25 Mei 2002 bersamaan 9.15 pm...puteriku pergi buat selama-lamanya.Walaupun sedih kehilangannya...aku reda kerana kutahu Allah lebih menyayanginya. Aku tetap bersyukur kepada tuhan kerana telah meminjamkannya selama sembilan tahun lima bulan kepada kami sekeluarga. Semoga Allah mencucurkan rahmat buatmu...Nana...Al-Fatihah...

**Lagu ini mengimbau kenangan piluku saat kehilangannya...Nana...mama rindu akanmu...
Kali Terakhir Ku Lihat Wajah Mu
Dalam dakapan senja
Kurenungi sinar matamu
Berat rasa melepaskan
Dikau pergi
Dingin hembusan bayu
Lemah longlai langkah kakimu
Lambaianmu kian jauh
Dari mata
Malangnya...
Bencana menimpa
Kau telah pergi untuk selamanya
Tak kembali
Pada saat terakhir
Kumelihat paras wajahmu
Kau bisikkan hanya sayang
Kepadaku...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails